Monday, February 7, 2011

dAiLy upDate ep:1

Assalamualaikum wbt..
jawab dapat pahala..
xjawab dosa..
memandangkan Lilly tgh tgu EDD yg lg 12hari nun kedepan, 
n memang xde keje pun since segala2 order dh close..
pluss sgt lah free sehari2 kt umah xbuat ape pun..
so ngn perasaan rajin yg membuak2 Lilly rs nk buat daily entry just utk cerita2 story mory psl aktiviti harian Lilly dlm tempoh menunggu EDD 19hb Feb nt..
InsyaALLAH Lilly akn buat new entry every day..
klo xde citer best utk di share pun Lilly akn buat entry gak :)
Eps 1
Monday 7th Feb 2011
 DAYS TO GO

pagi:
brekpes ngn roti telur+susu anmum..
pastu mkn vitamin..
mama buat ns goreng tp xingat nk mkn..hihihi..
lps brekpes packing chocolate utk pos..
last posting utk bulan ni..
Order seme dh close kn..
tengahari:
dlm pkl 12 gtu mama ajk tgk FULL HOUSE..
ala..citer korea tuh..
rs nye ms last semester dulu ade burn citer2, movie2 kt DVD..
tp xtgk pun..
tp gigih dok burn DVD tuh nsib baik xterburn skali ngn lappy..
cool kan my MIL,ajk tgk FULL HOUSE tuuuu..
hahaha..layan jugak la..
pastu pkl1.30 siap2 nk kuar pos barang..
My MIL n Zaara ikut skali..
kuar ngn kete Papa..sbb tu je satu2nye transport yg ade kt umah..
so,siap2 ala kadar kuar g pos barang..
after dat, ke office MAA sbb nk setelkan payment para client yg di sayangi sekalian..
dh siap keje2 rasmi, misi mengisi perut bermula..
dh lama berhajat nk mkn prosperity burger mc'D..
tp asyik xjadi je..
td alang2 stereng kete kt tgn sendiri..
gigih kan juga diri ni ke mc'D KB depan pasar Siti Khadijah tu..
nk mkn sgt kn..kne la usaha sket..klo tgu2 nt xdpt kang nyesal plak..
then take away je Prosperity burger tuh..
Zaara sempat poww mc flurry oreo segelas..
Mama ngn Yie mkn nsi je..beli ns kukus ms otw blik rumah..

petang:
update blog LILLYCIOUSS 
pastu layan FB kejap..
boring btl...
Zaara plak kuar ngn Papa g pasar mlm..

malam:
buat entry ni..
sambil mkn kuew teow goreng..
sambil tgk citer GEMILANG..
sambil urut2 belakang sebab lenguh sgt..
ok bye...

Sunday, February 6, 2011

xSabAr nk jupE nEw bAby ;)

Assalamualaikum wbt..
update blog dlu selagi masa masih ade ni..
ari ni 38th weeks..
waw2..lg 13 days to go..
xsabar mau jupe baby boy..
picture by google
td ade g klinik since skrg dh kne g klinik everyweek..
checkout biase2 je..tp...last week punye checkout HB ade low sket..
so..kne mkn amik vit Iron 2biji 2x sehari..
kne double tuh..sblm ni sebiji sehari je..
next week check lg..
hope HB dh ok..
cuti Raya Cine xde g mn2 melainkan attend majlis2 kenduri yg tersangat lah banyak..
agak best memandangkan sy boleh mkan semua makanan..segala2 yg terhidang di dpn mata..
MIL punye quote. mkn je skrg nt dh berpantang,xdapat nk rs dh..ahahaha..
reason yg baik kn??
tp my weight dh turun almost 2kg from last 2week..
sgt xbaik utk sy n baby..
still confius how it happened..
papepun doakan yang terbaik utk sy n baby yer..
Amin..

Thursday, January 27, 2011

24 days to go


24 days equal to 3weeks 3 days more..
sedikit gusar..
normal feelin i quess..
preparation utk baby dh 95% setel..
tgu nk beli minyak YuuYee, Vickss, NB Pampers, sarung tilam 1 set(mau new kaler ah) n susu Formula..
for me xde preparation yg khusus sgt..
mcm dh xheran sgt kn??
actually,sejujurnye xtahu nk prepare ape for my self selain persediaan mental utk menjejaki labor room..
*kecut perut kjp..
mcm jamu2an n ubat2an ingt nk cr yg tradisional dr Bidan Kampung nt..
klo yg cosmetic brand mcm yg dok iklan2 kt tv tuh lgsg xde kesan for me..
lagipun die punye manufacturing dh bpe lama sebelum jual kpd customer..
stop dulu pasal tuh..

nk check list brg2 baby pulek..
bju tido-done
bju siang-done
romper-done
botol susu-done
barut-done
lampin-done
mitten&bootees-done
towel kecil-done
set tilam-done
kelambu-kne cri gali zaara punye..
all toiletries-complete





lain2 klu xcukup blh add on lg..
Ddy blik ry cine ni cuti seminggu..
dah la last week dh ganti skool..
seminggu dua ni bz mcm perdana menteri..
kata nye mestilah sbb keje pun utk PM jugak..
menci..sampai xde ms lgsg utk Zaara..
tiap2 mlm tau die dok tgu Ddy tpn.. 
tp Ddy tuh mn nk concern ngn feeling kitew ni Zaara weh..
teremo disini..
dahla..
Blah dlu..

Monday, January 24, 2011

dAh 28thN..

selamat hari lahir yg ke 28 sayang..
SEMOGA:
murah rezeki selalu..
di kurniakan anak2 yg soleh, solehah...
menjadi suami yg baik dan taat pada agama...
kasih sayang ddy kepada mmy n anak2 xterkurang walau sedikit...

gift nye xde lg nih..
ari tu tnya nk ape, ddy ckp xtahu n byk bnda lain lg nk pk..
so offer gtu bkn tiap2 hari ade..
klo xde hdiah pun ddy xkesah kn..
mmy tahu..


we luv u..

Sunday, January 9, 2011

pEraNan SuAmi keTika KehaMiLan isTeri

Apabila ditanya kepada golongan lelaki tentang peranan mereka bila mendapati isteri yang disayangi hamil, rata-rata mengakui tahu tentang peranan yang harus dipikul. Namun hakikatnya, tidak ramai lelaki yang benar-benar faham akan peranan mereka. Ini kerana emosi atau ‘mood’ wanita hamil selalunya lebih sensitif dan mereka sangat memerlukan perhatian daripada suami.
Di sini diperturunkan beberapa tip buat lelaki muda yang akan atau bakal berdepan dengan situasi di mana isteri berbadan dua. Diharapkan dengan panduan ini, golongan lelaki lebih tahu tentang peranan serta cara menghadapi karenah isteri yang pastinya pelbagai hingga mampu mencabar kesabaran mereka sebagai seorang suami.
1. Kongsi maklumat kehamilan
Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah.
Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak perlu. Kepada lelaki, anda jangan sekali-kali bingung dengan perubahan ini. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal dan kebanyakan wanita hamil akan melaluinya.
Walaupun berlaku perubahan pada isteri anda, itu tidak bermakna anda tidak boleh banyak membantu. Sebagai seorang suami yang memahami, carilah sebanyak mungkin info tentang perubahan fizikal dan emosi yang dialami oleh isteri.
Selepas itu, cuba kongsi pengetahuan anda dengannya. Dia pasti teruja dengan apa yang anda ketahui. Perhatikan juga perkembangan kehamilan isteri anda, misalnya mendengar denyut nadi dan merasai pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh bayi.
Sekiranya anda mampu melakukannya, tidak mustahil sikap anda yang pada mulanya kurang sabar dengan karenah isteri akan berubah menjadi lebih memahami dan empati. Sikap anda yang prihatin, pastinya akan menambahkan rasa cinta isteri terhadap anda.
2. Jaga pemakanan isteri
Ramai suami yang mengabaikan aspek ini apabila isteri hamil dengan alasan si isteri tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Tanggapan ini salah kerana seiring dengan perubahan tubuhnya, wanita hamil juga memerlukan beberapa zat tertentu mengikut peringkat kehamilannya. Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya. Jika mempunyai masa, apa salahnya luangkan masa untuk menemani isteri menjamu selera atau makan bersama-sama dengannya.
Anda juga jangan kedekut untuk berbelanja lebih untuk membelikan makanan berkhasiat untuk isteri. Tidak hanya soal pemakanan, isteri juga memerlukan masa rehat yang mencukupi agar pembesaran janin tidak terganggu.
Ketika inilah suami perlu lebih ringan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Sikap anda yang sebegini, pasti membuatkan isteri terharu dan bertambah menghormati anda sebagai seorang suami.
3. Hindari stres
Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah. Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.
Selain itu, jangan sekali-kali membenci perubahan bentuk tubuh isteri. Sebaliknya kagumi bentuk tubuhnya dan katakan isteri anda kelihatan lebih seksi ketika hamil.
Kata-kata anda mampu menenangkan hatinya dan mengelakkannya tertekan memikirkan anda mungkin mencari wanita lain yang lebih seksi di luar sana.
4. Temani berjumpa doktor
Kesudian anda menemani isteri untuk bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan memberikan makna yang cukup besar kepada isteri. Isteri akan berasa diri mereka disayangi dan dihargai. Ia juga menandakan seseorang suami itu prihatin dan menyanyangi isteri serta anak yang dikandungnya itu. Namun ada juga suami yang mengambil mudah tentang perkara ini.
Mereka sanggup membiarkan isteri yang sarat hamil memandu sendiri atau menaiki bas untuk mendapatkan rawatan di klinik. Emosi isteri pastinya akan terganggu apabila melihat wanita lain ditemani suami masing-masing ketika mendapatkan rawatan.
Situasi ini sangat tidak sesuai buat isteri dan sebagai suami yang yang bertanggungjawab, anda perlu mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Berikan isteri anda semangat dan sentiasa menemaninya sewaktu susah mahupun senang.

Monday, January 3, 2011

uRutAn utk ibU mEngAnduNg

 
 
ari sabtu lepas..sempatlah appointment ngn kak Mah mak bidan dari Kg Laut..
hajat mahu berurut sebab badan sgt2 lenguh n sakit2 
memandangkan sekarang dh masuk mggu ke-33..(7weeks left)..
this time pregnancy memang tough..baby pun rasa cam lebih lasak dari kakak nye dulu..
no wonder la masuk mgu ke-28 memang lenguh2 pinggang klu duduk lame2..
xtahan btul..
beruntung btl hubby ade kat umah skrg..(sbb cuti skolah panjang kan)..
mmg tugas sampingan die la tolong urut2kan wife yg tgh mengsaratkan diri nih...
tp ngn Kak Mah ari tu urut special sket la..
(special la kan sbb mengurut ngn mak Bidan selalu ngn cikgu yg part time je mgurut org..
tu pun kne suruh2 dulu..hee)
ngn kak Mah dapat urut from head to toe..
sambil2 die checkkan position baby dlm perut..
even dh check kt klinik siap scan semua tp kaedah tradisional jgn lah dilupe..
(padahal sj ngade2 lagipun dh alang2 die dtg mgurut kn)
anyway,2jam lebih mengurut memang puas hati..
rasa fresh n hilang la lenguh2 yg sgt sinonim ngn diri pada minggu2 yg terdahulu..
kirenye blh la buat bekal utk bertahan seminggu dua akan datang,,

chiaw dulu lah..byk bebenor keje nk buat..

p/s: mak buyung tengah mengbusykan diri ngn persiapan perkahwinan adik ipar..
dlm xlarat nk bawak perut, tetap gagah jugak nk siapkan hantaran, goodies bag n mcm2 lg..

Sunday, December 19, 2010

15 AnugErAH ALLAH pAdA wANiTA tiDAk pAdA LeLAki



1. Pada suatu ketika di Madinah, Rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa orang wanita dalam majlis tersebut. lalu Baginda bertanya, “Adakah kamu menyembahyangkan mayat?” Jawab mereka,”Tidak”

Sabda Baginda: “Seeloknya kamu sekalian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi kamu. Tetapi tinggallah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya sama dengan ibadat kaum orang lelaki.

2. Wanita yang memerah susu binatang dengan ‘Bismillah’ akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

3. Wanita yang menguli tepung gandum dengan ‘Bismillah’, Allah akan berkatkan rezekinya.

4. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di Baitullah.

5. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membinakan 7 parit  di      antara dirinya dengan api neraka, jarak di antara parit itu ialah sejauh langit dan bumi.”

6. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang, Allah akan mencatatkan untuknya perbuatan baik sebanyak utas benang yang dibuat dan memadamkan seratus perbuatan jahat.”

7. “Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang menganyam akan benang dibuatnya, Allah telah menentukan satu tempat khas untuknya di atas tahta di hari akhirat.”

8. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang memintal benang dan kemudian dibuat pakaian untuk anak-anaknya maka Allah akan mencatit baginya ganjaran sama seperti orang yang memberi makan kepada 1000 orang lapar dan memberi pakaian kepada 1000 orang yang tidak berpakaian.”

9. “Wahai Fatimah, bagi setiap wanita yang meminyakkan rambut anaknya, menyikatnya, mencuci pakaian mereka dan mencuci akan diri anaknya itu, Allah akan mencatatkan untuknya pekerjaan baik sebanyak helai rambut mereka dan memadamkan sebanyak itu pula pekerjaan jahat dan menjadikan dirinya kelihatan berseri di mata orang-orang yang memerhatikannya.”

10. Sabda Nabi s.a.w. : “Ya Fatimah setiap wanita meminyakkan rambut dan janggut suaminya, memotong misai dan mengerat kukunya, Allah akan memberi minum kepadanya dari sungai-sungai serta diringankan Allah baginya sakaratul maut dan akan didapatinya kuburnya menjadi sebuah taman daripada taman-taman syurga dan dicatatkan Allah baginya kelepasan dari api neraka dan selamatlah ia melintas Titian Shiratul Mustaqim.”

11. Jika suami mengajarkan atau menerangkan kepada isterinya satu masalah agama atau dunia dia akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

12. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga dan menunggu kedatangan suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

13. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu melabuhkan pakaiannya di dunia ini dengan istiqamah. Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah.

14. Salah satu tanda keberkatan wanita itu ialah cepat perkahwinannya, cepat pula kehamilannya dan ringan pula maharnya (mas kahwin).

15. Sebaik-baik wanita ialah wanita (isteri) yang apabila engkau memandang kepadanya ia menggembirakan kamu, jika engkau memerintahnya ia mentaati perintah tersebut dan jika engkau bermusafir dia menjaga harta engkau dan dirinya. Maksud hadis: Dunia yang paling aku sukai ialah wanita solehah.

Wahai sekalian manusia! Bertakwalah kepada Tuhan kamu yang telah menjadikan kamu (bermula) dari diri yang satu (Adam) dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya (isterinya iaitu Hawa) dan juga yang membiakkan dari keduanya zuriat keturunan, lelaki dan perempuan yang ramai dan bertakwalah kepada Allah yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut namaNya, serta peliharalah hubungan (silaturahim) kaum kerabat; kerana sesungguhnya Allah sentiasa memerhati (mengawas) kamu.

An Nisa 1


"Sampaikan daripadaku walau sepotong ayat"

Saturday, December 18, 2010

sKodEng bAby

Salam,
ari ni nk citer psl progress baby lah..
ok..ari tu,klo xsilap last tuesday me n hubby berkesempatan ke klinik TMC..
niat kami cume satu.mau skodeng baby yg makin aktif menendang mummy die ni..
a day before kami dah pergi tp Doc Suzi ade labor case d KBMC..
so kami pulang hampa..:(
hasil usaha keras dan xkenal erti lelah..esk nye bgn pg2 kami trus call klinik bt appointmnt..
dlm pkl 11 pg kami dh tercongok di klinik..
xde ramai org pun ms tu..so cepat la dpt msuk bilik  Doc..
hasil check up pada hari tersebut:
Hb ok
Blood pressure ok
Berat badan naik lg setengah kilo :)
Urine test normal
n
part yg paling ditunggu2 semestinya time nk scanning tuh..
Hubby ckp sy menonong je g baring ats katil lps Doc check blood pressure..
tlg ye..Doc yg suh, dat y mummy pantas bergerak menuju katil pemeriksaan..
(plus memang dh xsabar2 dh)
ms scan tu Doc ckp lg:
pembesaran baby memang selaras/selari ngn usia kandungan yg dh cecah 30+ minggu..
air ketuban byk n baby pun mcm selesa coz ade space lg utk tumbesaran yg cemerlang..
based on pemeriksaan Doc,kedudukan baby normal(kepala bawah) n berat baby skrg dlm 1.4kg..
minggu 30 dan ke ats ni pembesaran baby dh jadi makin cepat sbb baby dh lengkap terbentuk..
Doc anggarkan baby leh membesar 200g semggu..
ade lg 10mggu means anggaaran berat baby ms nk delivery nt dlm 3.4kg..
blh tahan jgak la..
Kakak Raa dulu 3.00kg n awal 2mgu..klo cukup2 bln mungkin juga cecah 3.4kg atau lbih..
Hubby ckp Zaara tu baby faast food..
yela..ms prgnt dulu bjauhan dr family,suami..
makan pun mn2 yg cepat n senang je..dat's y dlm seminggu 5 6 kali mkn fast food..
nk2 mc'D sbb plg dekat ngn umah sewa..
tp baby kali ni mmg xde fastfood2 sgt..
sbb sy di jaga dgn baik n mkn nasi tiap2 hari..:)
hasil skodeng pada hari tersebut juga mengrevealkan jantina baby..
n insyaAllah klo betul ape yg kami bertiga(Mummy+Daddy+Doc) nampak..
Zaara akan dapat baby Boy..
hikhikhik..



seperti yg Doc Suziati ckp,jantina tu nk comfirm 100% xleh la sbb tu hanya jangkaan based on ape yg Doc tu tahu+pertolongan dr mesin scan..
terima kasih teknologi..tp klo 85% tu blh la..

semoga Allah mempermudahkan segala urusan kami..
amin.....

p/s: zaara kne tggal kt umah semata-mata ddy nk masuk jgk skodeng baby..
klo zaara ade mst xleh duduk dlm bilik Doc lama2..

p/s/s: masa blik dr klinik dpat free sample susu anmum materna dgn susu wyeth mama
cukup la utk buat stok seminggu..:)

MyEm0.Com

Wednesday, December 15, 2010

hyE



hYe..
my NamE is ZaAra..
n i Am a sIstEr to be nOt so SoOn..
CAnt wAit for AdiK to aRRive..

:)




Friday, December 10, 2010

bErduA-dUaAn dEngAn ZaaRa

mlm ni ddy g main futsal..
mcm best plak dpt lepak2 berdua je ngn Zaara..
yela..since cuti sklh yg panjang ni..
mmg 24-7 ddy ade kt umh..
ngade2 la kan dh ade dpn mata je slalu..
nk jugak kadang2 tue bjauhan..
hahaha..
mcm la mlm ni je ddy kuar sorg..
dh hampir tiap2 mlm utk mgu ni.
cume best extra sket since blh lepak2 n bgurau senda ngn Zaara..
klo dk umh Mama,mmg xleh nk 'tangkap' la bdk tu..
asyik berkepit ngn Mama je..
pastu tgh lepak2 guling2 ats katil,
mmy tnya la Zaara nk baby boy ke baby girl nt??
confident ni jwb, Zaara nk BABY DOLL..
blh gtu???
hahahaha...

p/s:rugi ddy xde..mmy main nusuk,geli2 pahtu zaara sibuk dk bisik2 kt telinga ni..nk geletek ddy nt..:)

gmbr yang tiada kaitan langsung ngn entry..

Tuesday, December 7, 2010






Selamat menyambut Maal Hijrah 1432H.
Lilly nak kongsikan sedikit Doa akhir dan awal tahun.

Doa Akhir Tahun Hijrah
Doa akhir tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib pada akhir bulan Zulhijjah. Sesiapa yang membaca doa ini, syaitan berkata :
" kesusahan bagiku dan sia-sialah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun ".
klik untuk tumbesaran yg cemerlang

Ertinya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Penyayang, Segala Puji itu bagi Allah, Tuhan Pentadbir seluruh Alam. Semoga Allah cucurkan rahmat dan sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad S.A.W. serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah Wahai Tuhan kami, perkara-perkara yang telah kami lakukan daripada perbuatan-perbuatan yang Engkau larang dalam tahun ini maka kami belum bertaubat daripadanya padahal Engkau tiada meredhai dan Engkau memang tiada lupakannya ( Tuhan tiada bersifat lupa ) dan Engkau berlembut tiada mengazabkan kami malah memberi peluang supaya kami bertaubat selepas kami menceburkan diri melakukan maksiat itu. Maka kami sekalian mohon keampunan Mu. Ya Allah, ampunilah kami dan mana-mana perbuatan yang telah kami lakukan sepanjang tahun ini yang Engkau redhai dan yang telah Engkau janjikan ganjaran pahalanya. Maka kami mohon diperkenankan akan perbuatan ( amal bakti ) yang telah kami lakukan itu dan Engkau tidak-menghampakan harapan kami Ya Allah Tuhan Yang Maha Pemurah.


Doa Awal Tahun Hijrah
Doa awal tahun dibaca 3 kali selepas Maghrib pada malam satu Muharam. Sesiapa yang membaca Doa ini, syaitan berkata :
" Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah syaitan ".
klik utk tumbesaran yg cemerlang


Ertinya : Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih lagi Penyayang. Segala pujian itu bagi Allah Tuhan sekalian Alam. Rahmat dan sejahtera atas Penghulu kami Nabi Muhammad dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah, Engkaulah Tuhan yang kekal selama-lamanya, sedia ada, tiada permulaan. Kelebihan Mu Maha Besar dan kemurahan-Mu sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada Mu agar terpelihara kami sekalian di dalam tahun baru ini daripada tipu daya syaitan-syaitan yang terlaknat juga daripada kuncu-kuncu syaitan dan bala tenteranya. Dan kami mohon daripada Mu akan pertolongan mengalahkan runtunan nafsu amarah ( Nafsu yang mendorong kepada kejahatan ). Kami mohon juga kepada Mu Ya Allah akan rasa sedia ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada Mu. Ya Allah Tuhan Yang Maha Agung lagi Mulia. Ya Allah Tuhan yang sebaik-baik yang mengurniakan rahmat.

Thursday, December 2, 2010

pEngKalaN kuBur tRip

wah..
nikmat btl ari ni..pg td mama bt ns lemak for brkfst..
dh jemu beli ns kt kedai for brkfst kn..
kne ubah selera la sket..
skrg ni musim hujan je memanjang..
oh..sblm lari topik..
nk citer psl trip ke Pengkalan Kubur td..
xrancang pape pun..
pkl10 lepas brkfst gerak g amik adik ipar tuisyen kt Wakaf Bharu..
pastu trus chowww...
dlm keadaan hujan rintik2.kami gagahijgk utk berjalan2 kt stu..
nothing super special..biase2 je..
byk kedai xbuka lg+ujan+org xramai..
tp best la utk beli belah..xsesak ngn manusia2 especially musim cuti skolah ni kn?


sekitar Pekan Pengkalan Kubur..
memang xde org sangat pun..
nsb baik kami pegi td..leh jgk memeriahkan suasana..kn2??
sy plak beli tilam baby nih..
saje nk menambah aksesori baby..
sbb cute sgt..comfy n gebus betul..
zaara dh testing td ms blik umh.
then sempat lg die bt tido2 smbil minum susu..
tp lepas tu cepat2 suh sy simpan utk baby kata nye..
hehehe..

Tuesday, November 30, 2010

cHeck up..

smlm g klinik wif hubby..
rutin biase2 je.
check darah, berat bdn, urin n pemeriksaan perut..
nasib baik patient xramai..
 
so, result nye..
HB:normal
urin:ok
berat bdn:naik sekilo setengah
pemeriksaan fizikal:kaki xbengkak, jantung baby ok, asyik berpusing2 je..
result MOGTT ari tu:blm dpat lg..
lg 2mgu dpt bt ultrasound+check jantina baby..
yippiee..
really can't wait..

Wednesday, November 17, 2010

sELamAt HarI rAya aiDiLadHa



selamat hari raya aidil adha..
berapa ekor tumbang lembu thun ni??
thun ni first time kami join korban..
alhamdulillah ade rezeki lbh sket..;)

Monday, November 15, 2010

haPpy 3rd AnnIveRsAry saYanG

Ari ni 15/11/2010 is our 3rd anniversary..
bukan senang nk mengekalkan kebahagian dlm berumahtangga ni..
3thun yg merupakan tempoh yg agak rumit,complicated di hati org lain since kami still lg secara rasminye weekend husband and wife..
boring la asyik dk bjauhan ni..
mmy nk bgn pg2 siapkan brkfst b4 ddy g skool, iron baju n sluar keje ddy, u always wit me when i need u..lgpun skrg mmy tgh in house traning utk megembangkan lg bakat memasak, kms umh, bgn pg2 bt sarapan..harap kite dpt jgk tggl bersama nt..
hanya masa yg akan menentukan..
sape2 ade kete kabel eh kabel yg terer2 utk adjustkan en hanel sy blik Kelantan,sile tggl contact number kt comment ye..:)

p/s:hjt nye mau upload gmbr ms muda belia dulu2..tp folder dk dalam lappy stu lg..so..postpone dulu la yek:)


Sunday, November 14, 2010

zAaRa puN dh rEti cLick2..

td lps blik pos office..dk melepak2 ngn zaara..
tibe2 die nmpak camera compact then trus mintak nk amik gmbr..
part plg xtahan..die capai camera tu then nk amik gmbr mmy lak..
siap suh senyum...senyum...
lucu plak rsnye..
hilang boring mmy ni..
nsb baik zaara ade..
ddy plak tdo kt skool mlm ni..
sbb esk ade mjls ape ntah kt skool die..
mengalahkan chef yg femes2 plak..
katanye nk msk kambing utk mjls esk..
semoga kambing tu xjadi ayam ye yg..

*smlm merajuk ngn ddy..tibe2 rs nk merajuk..then bgn pg td rs cm dh ok..xtgu die pujuk pun..sbb sape suh merajuk kn??padan muka sndr..tp mak suka la nyahh..tgh2 prgnt ni bt prangai plak kn..maaf ye syg..



have a nice day peoples..(~,~)

Saturday, November 13, 2010

nOw i'm a hoUsewIfE for rEaL

salam..
rs cm lm xupdate..pdhal mgu lps bru wt entry psl birthday party Zaara..
xmuntah ke tgk entry bergambar penuh??
hahahaha(gelak kijam)
ari ni pun xde nk update pape pun..sj tgh boring kn..
Daddy Zaara pun xblik mgu ni..
mls nk ulg alik katanye..
sbb skloh smpai selasa depan je..then cuti hari raya aidiladha..
pastu terus sambung ngn cuti skolah..
mgu lepas quiet bz with the house chores, chocolate orders, prenatal check out etc..
i do it all alone..
since kak yah yg keje kt umh ni dh pencen..
tugas2 am dlm umh dh kne take over by me la kan..
yela..nk ajk sape lg..
Daddy Zaara pun dk jauh..
lgpun beliau ade kursus kt Temerloh last week..
org nk ikut die xnk bwk plak..
xpe2..

last week berjaya jgk siapkan bulk order for doorgift(150pck chocolate)
mcm sikit tp 150pack x 3biji =450biji coklat yg nk kne siapkan..(T_T)
mn nk bt, nk packing, ikat2 riben letak bunga2..
penat..
tp best sbb customer yg order tu sgt puas hati..:)
tenkiu cikgu..nt order lg tau..

last week jugak la kne attend for MOGTT test..
ujian pengesanan kandungan paras gula dalam darah..
pkl 8 dh terpacak kt klinik..
mula2 amik darah dulu..takot woo..
pastu kne minum air glucose segelas penuh..
then after 2hours amik darah lg..
lebam tangan kiri dan kanan..
xpela..pengorbanan seorang ibu kn??
ok la..mintak diri dulu..

Sunday, November 7, 2010

my dEaR zAara is 2 :)


last 7th november 2008, friday 7:13am
a sweet chubby little baby girl was born at Shah Alam KPJ Specialist..
now she is growing healthy,sweety n actively very fast..
n hit her 2nd birthday last Friday..
the birthday party were held 2 days earlier..
i took a chance of Deepavali public holiday to gathers all the family members..
mmm..
even its only a simple n very small birthday party..
its so memorable..
for me, hubby, the entire family members n Zaara..
so enjoy the picture captured..
 some of the gift..

 kakak-to-be so happy..

 with kazen,kak nisha..

 it's me :)

 mysterious cake guard (T_T)

 excited to blow the candles..

 get ready..

 "cepat sket nyalakan lilin tuh"

tarik nafass..

hembusss..

 for the second time..srnk tiup lilin..

 time to cut off the cake

 "nk bt sndr la mummy"

 "xsabar2 dh nk mkn kek"



 Zaara Rai

 mkn dlu..

 berebut birthday girl :p

 outdoor session

 :)

 daddy's frens..thanks for coming..

 cik nie's fren..thanks sbb memeriahkan majlis..

 the kids..wawa,adib,aina,k.ngah..

terpesona jap dpt barbie doll..

Thursday, November 4, 2010

mLm jUmaAt

sedak nyo la bulih minum susu hok ore cameron bt..
thanks sayang..
tido awl sket mlm ni..
esk nk meng'bz'kn diri di birthday party puteri kesayangan..
nunite(bak kata zaara)
susu anmum chocolate yg yummyliciousss..