Thursday, January 27, 2011

24 days to go


24 days equal to 3weeks 3 days more..
sedikit gusar..
normal feelin i quess..
preparation utk baby dh 95% setel..
tgu nk beli minyak YuuYee, Vickss, NB Pampers, sarung tilam 1 set(mau new kaler ah) n susu Formula..
for me xde preparation yg khusus sgt..
mcm dh xheran sgt kn??
actually,sejujurnye xtahu nk prepare ape for my self selain persediaan mental utk menjejaki labor room..
*kecut perut kjp..
mcm jamu2an n ubat2an ingt nk cr yg tradisional dr Bidan Kampung nt..
klo yg cosmetic brand mcm yg dok iklan2 kt tv tuh lgsg xde kesan for me..
lagipun die punye manufacturing dh bpe lama sebelum jual kpd customer..
stop dulu pasal tuh..

nk check list brg2 baby pulek..
bju tido-done
bju siang-done
romper-done
botol susu-done
barut-done
lampin-done
mitten&bootees-done
towel kecil-done
set tilam-done
kelambu-kne cri gali zaara punye..
all toiletries-complete





lain2 klu xcukup blh add on lg..
Ddy blik ry cine ni cuti seminggu..
dah la last week dh ganti skool..
seminggu dua ni bz mcm perdana menteri..
kata nye mestilah sbb keje pun utk PM jugak..
menci..sampai xde ms lgsg utk Zaara..
tiap2 mlm tau die dok tgu Ddy tpn.. 
tp Ddy tuh mn nk concern ngn feeling kitew ni Zaara weh..
teremo disini..
dahla..
Blah dlu..

Monday, January 24, 2011

dAh 28thN..

selamat hari lahir yg ke 28 sayang..
SEMOGA:
murah rezeki selalu..
di kurniakan anak2 yg soleh, solehah...
menjadi suami yg baik dan taat pada agama...
kasih sayang ddy kepada mmy n anak2 xterkurang walau sedikit...

gift nye xde lg nih..
ari tu tnya nk ape, ddy ckp xtahu n byk bnda lain lg nk pk..
so offer gtu bkn tiap2 hari ade..
klo xde hdiah pun ddy xkesah kn..
mmy tahu..


we luv u..

Sunday, January 9, 2011

pEraNan SuAmi keTika KehaMiLan isTeri

Apabila ditanya kepada golongan lelaki tentang peranan mereka bila mendapati isteri yang disayangi hamil, rata-rata mengakui tahu tentang peranan yang harus dipikul. Namun hakikatnya, tidak ramai lelaki yang benar-benar faham akan peranan mereka. Ini kerana emosi atau ‘mood’ wanita hamil selalunya lebih sensitif dan mereka sangat memerlukan perhatian daripada suami.
Di sini diperturunkan beberapa tip buat lelaki muda yang akan atau bakal berdepan dengan situasi di mana isteri berbadan dua. Diharapkan dengan panduan ini, golongan lelaki lebih tahu tentang peranan serta cara menghadapi karenah isteri yang pastinya pelbagai hingga mampu mencabar kesabaran mereka sebagai seorang suami.
1. Kongsi maklumat kehamilan
Kehamilan membawa perubahan kepada isteri, baik secara fizikal ataupun emosi. Isteri yang dahulunya lincah dan segar, akan mula mudah penat, pening dan muntah-muntah.
Sikapnya juga semakin sensitif, mudah menangis dan marah walaupun untuk perkara yang anda rasakan tidak perlu. Kepada lelaki, anda jangan sekali-kali bingung dengan perubahan ini. Ini kerana ia merupakan sesuatu yang normal dan kebanyakan wanita hamil akan melaluinya.
Walaupun berlaku perubahan pada isteri anda, itu tidak bermakna anda tidak boleh banyak membantu. Sebagai seorang suami yang memahami, carilah sebanyak mungkin info tentang perubahan fizikal dan emosi yang dialami oleh isteri.
Selepas itu, cuba kongsi pengetahuan anda dengannya. Dia pasti teruja dengan apa yang anda ketahui. Perhatikan juga perkembangan kehamilan isteri anda, misalnya mendengar denyut nadi dan merasai pergerakan-pergerakan yang dilakukan oleh bayi.
Sekiranya anda mampu melakukannya, tidak mustahil sikap anda yang pada mulanya kurang sabar dengan karenah isteri akan berubah menjadi lebih memahami dan empati. Sikap anda yang prihatin, pastinya akan menambahkan rasa cinta isteri terhadap anda.
2. Jaga pemakanan isteri
Ramai suami yang mengabaikan aspek ini apabila isteri hamil dengan alasan si isteri tahu apa yang terbaik untuk diri mereka. Tanggapan ini salah kerana seiring dengan perubahan tubuhnya, wanita hamil juga memerlukan beberapa zat tertentu mengikut peringkat kehamilannya. Sebagai suami yang prihatin, pastikan isteri anda menjaga pemakanannya dengan kesihatan janin dan dirinya. Jika mempunyai masa, apa salahnya luangkan masa untuk menemani isteri menjamu selera atau makan bersama-sama dengannya.
Anda juga jangan kedekut untuk berbelanja lebih untuk membelikan makanan berkhasiat untuk isteri. Tidak hanya soal pemakanan, isteri juga memerlukan masa rehat yang mencukupi agar pembesaran janin tidak terganggu.
Ketika inilah suami perlu lebih ringan tulang membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Sikap anda yang sebegini, pasti membuatkan isteri terharu dan bertambah menghormati anda sebagai seorang suami.
3. Hindari stres
Sewaktu hamil, jangan sekali-kali memberikan tekanan kepada isteri. Anda sebagai suami perlu mengelakkan isteri daripada berdepan dengan sebarang masalah. Jika boleh, anda cuba selesaikan masalah yang dihadapi tanpa memberitahu isteri. Jika terpaksa, beritahu isteri dengan cara yang paling santai agar isteri tidak terkejut mendengarnya.
Selain itu, jangan sekali-kali membenci perubahan bentuk tubuh isteri. Sebaliknya kagumi bentuk tubuhnya dan katakan isteri anda kelihatan lebih seksi ketika hamil.
Kata-kata anda mampu menenangkan hatinya dan mengelakkannya tertekan memikirkan anda mungkin mencari wanita lain yang lebih seksi di luar sana.
4. Temani berjumpa doktor
Kesudian anda menemani isteri untuk bertemu dengan doktor bagi mendapatkan rawatan memberikan makna yang cukup besar kepada isteri. Isteri akan berasa diri mereka disayangi dan dihargai. Ia juga menandakan seseorang suami itu prihatin dan menyanyangi isteri serta anak yang dikandungnya itu. Namun ada juga suami yang mengambil mudah tentang perkara ini.
Mereka sanggup membiarkan isteri yang sarat hamil memandu sendiri atau menaiki bas untuk mendapatkan rawatan di klinik. Emosi isteri pastinya akan terganggu apabila melihat wanita lain ditemani suami masing-masing ketika mendapatkan rawatan.
Situasi ini sangat tidak sesuai buat isteri dan sebagai suami yang yang bertanggungjawab, anda perlu mengelakkan perkara ini daripada berlaku. Berikan isteri anda semangat dan sentiasa menemaninya sewaktu susah mahupun senang.

Monday, January 3, 2011

uRutAn utk ibU mEngAnduNg

 
 
ari sabtu lepas..sempatlah appointment ngn kak Mah mak bidan dari Kg Laut..
hajat mahu berurut sebab badan sgt2 lenguh n sakit2 
memandangkan sekarang dh masuk mggu ke-33..(7weeks left)..
this time pregnancy memang tough..baby pun rasa cam lebih lasak dari kakak nye dulu..
no wonder la masuk mgu ke-28 memang lenguh2 pinggang klu duduk lame2..
xtahan btul..
beruntung btl hubby ade kat umah skrg..(sbb cuti skolah panjang kan)..
mmg tugas sampingan die la tolong urut2kan wife yg tgh mengsaratkan diri nih...
tp ngn Kak Mah ari tu urut special sket la..
(special la kan sbb mengurut ngn mak Bidan selalu ngn cikgu yg part time je mgurut org..
tu pun kne suruh2 dulu..hee)
ngn kak Mah dapat urut from head to toe..
sambil2 die checkkan position baby dlm perut..
even dh check kt klinik siap scan semua tp kaedah tradisional jgn lah dilupe..
(padahal sj ngade2 lagipun dh alang2 die dtg mgurut kn)
anyway,2jam lebih mengurut memang puas hati..
rasa fresh n hilang la lenguh2 yg sgt sinonim ngn diri pada minggu2 yg terdahulu..
kirenye blh la buat bekal utk bertahan seminggu dua akan datang,,

chiaw dulu lah..byk bebenor keje nk buat..

p/s: mak buyung tengah mengbusykan diri ngn persiapan perkahwinan adik ipar..
dlm xlarat nk bawak perut, tetap gagah jugak nk siapkan hantaran, goodies bag n mcm2 lg..