Monday, August 22, 2011

reminder


Artikel ini untuk peringatan kepada semua yang menggunakan credit card untuk memudahkan perbelanjaan harian. Apapun jika tidak menggunakan credit card sekalipun, tidak salah jika anda mengambil tahu mengenai perkara ini memandangkan suatu hari nanti mungkin anda akan mempunyai kad kredit sendiri atau boleh panjangkan perkara ini kepada adik-beradik atau saudara mara yang ada menggunakan credit card.

KES 1:
Anda akan dapat satu panggilan yang mengatakan ada orang yang menggunakan nama anda untuk membeli barang menggunakan credit card milik anda. Kemudian mereka akan berikan satu nombor untuk dihubungi kononnya nombor tersebut adalah nombor Bank Negara.
Apabila anda menghubungi nombor tersebut, panggilan akan disambut oleh operator seperti “Anda telah masuk ke peti suara Bank Negara blablabla”. Bila dia ada sebut Bank Negara, ramai yang akan terus terpedaya walhal nombor tersebut adalah satu nombor penipuan luar negara yang memakai nombor palsu Malaysia. Kemudian panggilan akan dijawab dan mereka akan meminta segala maklumat seperti pin number, security number dan pelbagai lagi. Akhirnya, anda akan terus terpedaya dan akhirnya merana.
Jika anda menjadi mangsa, hanya dalam 5 minit, segala wang anda akan dipindahkan dan ianya dilakukan secara online. Nak call polis dan bank pun tak sempat. Bank tidak akan bertanggungjawab kerana kecuaian tersebut dari anda dan bukan dari pihak bank. Dikatakan, purata yang terpedaya dengan helah ini dah mencecah 20 hingga 500 orang sehari!!

Nasihat:
Jika menerima panggilan yang sebegini, test mereka semula dengan bertanyakan nombor kad pengenalan kita. Adalah mustahil jika mereka gagal memberikan nombor kad pengenalan kita sedangkan itu adalah perkara paling asas semasa proses permohonan kad kredit dibuat.

KES 2:
Orang hantar hamper FREE bernilai RM100++. Cuma kene bayar RM3.50++ je. Biasanya tak sampai RM10. Siapa taknak kan? Haa, dorang pandai. Suruh bayar pakai card. Cash tak boleh diterima jika tidak, hamper tak dpt. Pastu bila kita kasi card, dorang akan pakai benda nampak mcm machine bayar pakai card tu padahal benda tu clone. Benda tu sebenarnya card reader. Alat tu boleh tiru dan duplicate chip credit card and obviously pin number awal-awal dah dapat bila kita bayar RM3.50++ tu je.

Nasihat:
Amalkan sikap tidak mudah percaya dengan orang terutama sesuatu yang melibatkan duit. Fikir logik mana ada orang nak tawarkan sesuatu yang lumayan tanpa pulangan yang berganda-ganda dari apa yang mereka berikan.


Article ni di amik dari SINI

No comments:

Post a Comment