Monday, October 17, 2011

tips bILe hEnfOn hiLaNg..

Jangan berikan peluang kepada mereka yang mencuri telefon bimbit anda daripada menggunakannya. Jadikan ia tidak berguna supaya ia tidak lagi boleh dijual kepada orang lain.

Caranya mudah. Setiap telefon bimbit mempunyai nombor siri IMEI yang tersendiri. Anda hanya perlu mengetahuinya dan menyimpan catatannya.

Untuk memeriksa nombor siri IMEI ini, tekan simbol dan nombor berikut :-



* # 0 6 #

tanpa ruang kosong.

Nombor yang ditayangkan adalah 15 digit nombor yang unik bagi setiap telepon bimbit. Catatkan dan simpan ditempat yang boleh didapatkan semula.

Sekiranya telefon bimbit anda hilang, anda boleh melaporkan kehilangan telefon bimbit anda kepada pemberi khidmat telefon bimbit seperti TM, Maxis atau Digi. Berikan nombor ini kepada mereka supaya ia boleh disenarai hitamkan. Sekiranya pencuri menukarkan kad SIM, ia masih tidak dapat digunakan kerana telefon bimbit sudah dihalang penggunaan.

Walaupun anda mungkin tidak lagi mendapat telefon bimbit anda, dengan menjadikan ia tidak berguna sudah cukup memuaskan hati. sekiranya setiap daripada kita mencatatkan nombor siri IMEI dan melaporkan nombor siri ini apabila kehilangan telefon bimbit. Kes-kes kehilangan dapat dikurangkan kerana tiada guna mencuri telefon bimbit jika tidak boleh dijual dan digunakan.

1 comment:

  1. salam... pernah try ke cara ni?

    ReplyDelete